Bitcoin tidak sepatutnya merubah strukturnya.

Posted by

“Jika anda salah seorang daripada organisasi Bitcoin, sila tidak mengubah strukturnya”

Caption ini adalah merujuk kepada perubahan perotokol bitcoin yang membahagikan kepada dua yang menjadi Bitcoin (btc) & Bitcoin Cash (BCH) . Saya menegaskan ini adalah kerana dengan hard fork( perubahan perotokol) ini akan memberi kesan buruk kepada bitcoin pada masa akan datang. ini kerana  Jika anda sedar bitcoin anda di wallet anda, bittrex currency bitcoin saya telah terbahagi kepada dua. BTC, BCH. Nampak sungguh seronok macam kita memiliki dua coin.

Jika kita lihat market sekarang dalam dunia crypto, banyak cryptocurrency yang baru muncul dan juga ICO( Initial coin Offering) baru bertambah dengan pesat. Ini mewujudkan persaingan yang kuat terhadap bitcoin itu sendiri dan juga altocoin2 yang lain. Perpecahan BTC dan BCH ini akan menyebabkan blockchain berada dalam keadaan civil war. tidak kira siapa menang, ini akan berakhir dengan kesan buruk.

Berjayanya bitcoin dalam bidang Digital currency

Bitcoin sudah terkenal dan diketahui umum sudah menjadi peneraju dalam dunia  wang maya ini. menjadi “digital Gold”.

Bitcoin mengekalkan nilai matawangnya sama seperti emas fizikal. Jika kita perhatikan buat masa sekarang, Fizikal emas dan juga bitcoin masih lagi tidak digunakan secara meluas. Dominic Frisby Uk Comentator mengatakan;

“Duit secara amnya ada dua tujuan.sebagai medium pertukaran matawang dan juga sebagai tempat menyimpan kekayaan. Duit fiat kita ini sudah memadai sebagai medium pertukaran”

DIsebabkan zaman kita telah berubah dan pembangunan internet yang pesat, kita mampu membeli barangan di seluruh dunia dengan pembayaran yang pantas pada masa sama juga kita melihat duit fiat moden kian merosot nilainya. Emas kita semua sedia maklum asset yang paling berharga dan kekal hingga akhir zaman. Emas sejak dahulu lagi dijadikan sebagai alat pengukur kekayaan seseorang. Tetapi pada tahun 1700 manusia kian menggunakan sijil yang mewakili emas. yang pada akhirnya penggunaan matawang kertas.

Jadi jika kita ingin membawa emas fizikal kita ke suatu tempat, sudah semestinya kita menggunakan kereta kebal yang bergerak perlahan untuk membawa ke tempat yang dituju. Jika bandingkan menghantar bitcoin dalam network. kita menggunakan network yang slow. pada April 2017, ada transaction yang dilaporkan lewat menerima conformation. ada sehingga 8 jam. berbadning dengan cryptocurrency lain. Sungguh pon demikian, itulah sbb kenapa bitcoin dipecah Dua. Supaya skala Boleh diubah dan improve transfer lebih laju. Di dalam kebaikan, ada keburukannya. Itulah lumrah.

Bitcoin, Bitshares, & hero

Petikan diatas ini sebenarnya saya ulas daripada petikan Stan larimer, “The Godfather of Bitshares” iaitu Ayah kepada Danial Larimer pengasas kepada Steem blockhchain dan juga EOS. Stan Larimer adalah orang yang cukup berpengalaman dalam bidang ini.

 

Beliau menyatakan

BItcoin – Tempat untuk simpan nilai duit kita. simpan bitcoin dlm wallet seperti kita menyimpan emas dalam peti besi.

Bitshares – pertukaran matawang digital yang percuma. melalui platformnya BItshares DEX yang semua transaction pantas seperti kilat. Technology ini akan menjadi lebih baik pada tahun depan (2018) apabila upgrade pada EOS technology.

Hero – Medium of exchange – Hero ini backed by oleh equity didalam Bitshares platform. Hero di program kan smart contract untuk menilai 5% setiap  tahun daripada Dollar.

Rumusan

Jika kita lihat pandangan Stan Larimer nampak bias terhadap Bitshares. itu sudah semestinya sbb itulah dia punya pencapaian. Namun apa yang saya nak nyatakan adalah berkenaan dengan coin yang ketiga yang akan mendahului bitcoin. kita sedia maklum, Bitcoin adalah granddaddy segala crypto. tetapi tidak semestinya Granddady hebat sepanjang masa kerana cucu2 nya akan mempelajari dan memperbaiki terhadap kelemahan yang sedia ada. kita perlu mengambil iktibar bagaimana hebatnya Yahoo yang kemudian ditenggelamkan oleh google.

Pada awalnya saya menjangkakan Ripple, tetapi market sentiasa berubah. Mungkin kita boleh tumpukan pada golongan muda seperti, Danial Larimer, anak kepada Stan larimer ataupun Vitaik Buterin, Pengasas Ethereum ataupun crypto lain yang muncul. jadi sama2 lah kita ikuti dan buat research dalam bidang crypto supaya tidak ketinggalan.

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *