Adakah Bitcoin menuju ke arah RM20 000 pada tahun 2018, perlu lari daripada market atau pun mula melabur

Posted by

Bitcoin pada hari ini. 14 August 2017 telah melepasi harga 4,000usd atau telah melepas RM16,000. pada bulan lepas trader menjangkakan harga bitcoin akan turun pada paras 2000usd. tetapi setelah kejadian hardfork, perubahan protocol dalam bitcoin. telah melonjakkan lagi harga bitcoin kepada paras 4000usd. Bitcoin buat masa sekarang dilihat “All time high”.

Momentum Bitcoin

Dilihat buat masa sekarang banyak pakar2 mengatakan keadaan yang cerah dalam terhadap bitcoin dan juga crypto2 lain. Juga ramai pakar menyatakan kemampuan Bitcoin untuk capai harga RM20,000/btc pada tahun 2018. ini dapat kita lihat, masing2 negara sedang berlumba untuk mengejar ke arah duni fintech, termasuk Jepun, Korea dan juga china yang memberi tetangan yang hebat pada barat.

3 Sebab kenapa kita perlu melabur dalam bitcoin

  1. Bitcoin telah kian tersebar di Malaysia mahupun di luar sana. Masyarakat juga dilihat makin peka terhadap nilai yang ada pada bitcoin dan juga kebolehan technology nya. Bitcoin dilihat sama seperti emas fizikal kerana bitcoin tidak dikawal oleh mana2 organisasi.
  2. Kebanyakan investor dan juga industri kewangan nampak keseriusan terhadap trend bitcoin. Kebanyakan masyarat  merasakan bitcoin dan juga crpyto lain adalah sebuat asset yang berharga untuk disimpan dan juga digunakan.
  3. Bitcoin adalah terhad. Hanya ada 21 Juta bitcoin dikeluarkan dan perlu di mining untuk mewujudkan bitcoin. Dijangkakan 2040 tidak ada lagi bitcoin baru dikeluarkan. keadaan ini lah yang menyebabkan keadaan bitcoin sentiasa mengingkat mengikut permintaan.

3 Sebab kenapa kita tidak perlu melabur dalam bitcoin

  1. Bitcoin hanya tercipta dalam computer. Kita tidak akan nampak rupa bentuknya. bitcoin adalah hanya sekeping code yang digunakan di dalam internet.
  2. Harga Bitcoin yang naik dan turun yang sangat besar julat nya. kadang2 harga boleh naik dan turun 20% sehari. Dan juga keadaan bitcoin yang sedang bubble (sentiasa naik, pecah) sekarang Term yang digunakan oleh traders, finance yang menyatakan bitcoin naik akan turun kemudian nya pada keadaan harga averagenya.
  3. Banyak kes salah guna terhadap currency ini. kerana penggunaannya masih lagi tidak menyeluruh seperti wang fiat kita pakai sekarang. banyak orang menggunakan untuk berdagang benda2 yang salah. seperti dadah dan yang salah dari undang2 kerajaan. tidak lupa juga kes ugutan seperti dalam ransomware, wannacry baru2 ini.

Pertimbangan yang perlu kita buat

Jika kita lihat crptocurrency masih lagi di peringkat pembangunan. banyak lagi perkara yang perlu dan sedang di buat. Contohnya dari segi security, ownership dan sebagai nya. dan juga kita lihat sudah banyak company besar yang sudah terlibat dalam dunia crypto ini.

apa yang saya nak tekankan adalah risiko tetap ada. dalam risiko ada peluang. jadi adaptasikan dalam diri kita. Melabur stakat yang kita berani untuk rugi. Jangan sampai buat pinjaman bank dan sebagainya. lebih2 dalam skim2 cepat kaya yang terlihat lebih pesat naik nya. jadilah smart investor.

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *