Peluang untuk anda beli bitcoin.

Posted by

Jika kita lihat sehari dua kebelakangan ini, dan anda juga selalu mengikuti perkembangan bitcoin sudah semestinya anda mendapati harga bitcoin menjunam dalam daripada sekitar RM18,000 kepada terendah RM13,000 dalam masa 3 hari.

Buat masa sekarang semua market altocoin telah turun mendadak mengikut penurunan harga bitcoin.

Kuasa China dalam bidang crypto currency

kita dapat lihat penglibatan warga china dalam bidang cryptocurrency sangatlah besar. Baru baru ini, kita lihat blockchain yang di rebrand, antshares kepada neo menampakkan permintaan yang meluas dikalangan peminat-peminat crypto currency. Neo atau nama dahulunya antshares dikatakan mampu untuk menandingi Ethereum dimana Neo yang boleh di code dalam banyak language berbanding Ethereum yang hanya bergerak dalam coding Solidity.

Pengaruh China dalam market

jika anda mengikut pos saya yang lepas, berkenaan ICO, kita tahu ICO telah muncul dengan banyaknya sejak tahun 2017 ini. Pengenalan ICO yang pada permulaannya adalah baik sehinggalah ianya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti scammer. Kerajaan China telah mengambil langkah – langkah untuk banned ICO secara total. Pada dasarnya adalah ia adalah suatu yang wajar dilakukan sebagai pihak yang bertanggungjawab pada rakyatnya. walaubagaimanapun perkara ini secara tidak langsung menjejaskan market cryptocurrency.

Tidak sudah dengan itu, selepas tersebarnya rumors berkenaan ICO di banned di mana- mana media, China juga akan menutup exchanger tempatan di sana. Dan juga pada hari ini, tersebar lagi rumors yang Kerajaan China akan menutup segala exchanger di sana pada 30 september ini.

wow! Menakutkan bukan.

Peluang membeli

Sungguhpun kesan aktiviti daripada Kerajaan China memberi kesan pada market cryptocurrency, saya tidak merasakan ianya suatu yang akan merugikan pada para penggiat @  pengumpul bitcoin. Kenapa pula saya berkata sedemikian?

China secara kasar memegang 15% daripada market cryptocurrency dari segi volume. dan juga black market untuk cryptocurrency masih lagi beroperasi. Saya juga merasakan rumors ini tidak akan berkekalan lama. Kerajaan China sudah semestinya melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan dan menjadikan ianya Sah disisi undang – undang.

Co – founder Bitmain iaitu firma Hardware mining bitcoin, Jihan Wu menyatakan dalam tweeternya rumors itu adalah bersifat sementara dan bukannya penutupan secara terus.

Mari kita lihat graf di bawah. Bar@ candle putih menunjukan harga yang terus meningkat sejak Bitcoin Hardfork. dan merah setelah kerajaan China banned ICO di sana.

Peluang untuk Beli

Berdasarkan graf di atas, bitcoin telah menyentuh garisan support pada harga 3000USD yang telah saya lakarkan pada 2 bulan lalu. jika harga berjaya menembusi harga 3000usd, Harga bitcoin akan menuju ke arah support sekitar 2000usd. pada hari ini. Harga bitcoin pada hari ini (18 sep 217) adalah 3700USD @ RM15K. Jadi bagi saya ini adalah masa untuk membeli bitcoin.

 

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *