Top 3 Profitable Proof of Stake (PoS) – cryptocurrrency

Posted by

Proof of Stakes ni makin lama makin popular dalam crypto currency ini. Tapi saya percaya masih lagi ramai yang tidak tahu apa itu PoS dan tujuannya. PoS ini pada asal nya adalah bertujuan untuk meningkatkan security dalam suatu system. disamping itu, user @ penguna yang menyimpan coin dalam wallet yang disediakan akan mendapat reward / divident dengan memberi peluang kepada user untuk running masternodes, supernodes ataupun staking dalam wallet yang boleh stakes. Dengan erti kata mudah, kita boleh mendapat keuntungan dengan menyimpan coin tersebut. baca detail berkenaan pos dan juga pow.

Top 3 profitable pos

Walaupun begitu, untuk mendapat reward tu bergantung kepada syarat yang perlu kita ada dan buat untuk mendapat keuntungan itu. Sebagai contoh, biarkan wallet itu online sepanjang masa. dan mempunyai minima untuk tujuan staking ini.

1.DASH

Dash ini semua orang tahu dah sekarang jika mereka sudah erliba dalam bidang crypto currency ini. Terkenal dengan Digital Cash. Dash merupakan antara yang terawal menggunakan system pos ini selain NXT dan juga peercoin. Dash yang memberi peluag kepada hodler mereka untuk dapat divident dengan running masternodes. Tapi apa yang berat adalah Dash mempunyai minima 1000Dash untuk menjalankan masternodes. sekarang anda buat math sendiri.

1 Dash         = 500usd (hari ni 28/11/2017)

1000 Dash = Masternodes

Masternodes = 1000  x 500

Masternodes = 500,000 usd

Jadi anda perlu jadi jutawan dahulu la untuk run masternodes dash ni. Lain la jika anda memiliki 1000 Dash sekitar harga  5usd dahulu.

2.NEO

Neo ni, kalau anda masih lagi baru. yang kita sedar tetiba dia muncul top 10 sahaja dalam coinmarketcap. Sebenar Neo ni sudah lama dan baru di rebrand. Nama Asalnya adalah Antshares. Merupakan 1st Chinese open source – blockchain project. Menggelarkan diri mereka sebagai:

“distributed network for the smart economy”

Neo merupakan suatu cryptocurrency yang berdiri atas blockchainnya sendiri. Neo mempunyai token gas, yang pada asalnya dikenali  dengan antcoins. gas ini boleh kita staking melalui wallet yang terpilih untuk kita mendapat gas. dan apa yan menarik pada NEO ini adalah berbeza dengan DASH yang menetapkan minima untuk staking. ala – ala untuk jutawan la. NEO tidak menetapkan berapa capital yang kita ada. awak ada lebih, awak dapat banyak. dan juga menarik tentang NEO, kita tidak perlu membiarkan wallet kita itu online sepanjang masa tidak seperti pos currency yang lain.

  • Annual Return – Approx 5.5%
  • Staking Wallet – download daripada github NEON wallet ( NEO wallet from here)
  • Staking Calculator – click here neotogas

3.PIVX

PIVX – Private, instance, verify transaction PIVX ini tidak seperti NEO dan juga DASH. PIVX ini memerlukan wallet untuk sentiasa online sepangjang masa untuk kita perolehi interest. ada 2 kaedah sebenar untuk dapat passive income melalui PIVX ini.

  1. Staking – Staking dengan PIVX ni menarik. tidak memerlukan modal minima. apa yang kita dapat adalah PIVX.
  2. Masternodes – Unuk run masternode ni perlu jadi orang ada – ada sekarang. 10,000 PIVX diperlukan untuk kita run server masternodes.

Dalam 3 ini sebenarnya ada banyak lagi crypto pos yang terdapat dalam pasaran. contoh, NXT, OKcash, Navcoin, Stratis, dan ada banyak lagi. apa yang pasti semua ini melibatkan capital, ada yang ROI 3, 4 bulan. cuma saya nak ingatkan sedara saudari untuk research dahulu sebelum membuat pelaburan.

pro tips : tumpukan top crypo sahaja. top 20 @ top 30

check dalam  coinmarketcap untuk check ranking. masih baru, refer sini.

Happy crypto rakan =)

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *