Cardano ADA – Bitcoin, Ethereum TOP contender

Posted by

Jika sesiapa dikalangan kita yang selalu mengikuti perkembangan coinmarketcap, mesti tahu yang Cardano(ADA) sudah mula masuk top 10 dalam marketcapital. Sudah pasti untuk mendapat ranking dalam top 10, bukan suatu yang mudah dalam bidang cryptocurrency. Sudah pasti menjadi impian bagi semua crypto-crypto yang masih lagi dan pernah berada top 10 dalam carta. Cardano dilihat menaiki takhta NO. 9 pada hari ini (3 december 2017).

 

IOHK launch Cardano Blockchain

Stakat ini  Ethereum masih lagi menerajui cyptocurrency selain Bitcoin dan memperkenalkan system smart contract mereka pada dunia crypto. Jadi pada kali agak berlainan sedikit kemunculan cardano ini. Cardano ini diketuai oleh bekas CEO ethereum sebelum ethereum dilancarkan. Serba sedikit tentang Cardano, blockhain cardano ini dimulai dengan Innitial coin offering (ICO). Antara coin yang boleh didagangkan di bittrex. Ingat saudara, Bittrex bukan calang-calang crypto yang boleh masuk dalam list bittrex. Banyak lagi coin yang tengah queue masih tidak dapat masuk list exchanger.

Bermula nya Cardano?

Bermulanya Cardano adalah sangat berkait rapat dengan Charles Hoskinson. Seperti yang saya bagitahu di atas, Charles Hoskinson ini adalah bekas CEO ethereum sebelum ethereum dilancarkan. Charles Hoskinson ini berpindah membentuk company IOHK bersama dengan Jeremy Wood pada tahun 2014.

Dan pada tahun berikutnya, IOHK telah di approached oleh sekelompok Jepanese business yang pada masa itu ingin membentuk suatu blockchain yang dilihat oleh mereka mempunyai potensi pada masa akan datang. Hoskinson berkata ketika interivew dalam Bitcoin Magazine;

“They said it would be really nice to do a large-scale distribution in Asia, as opposed to the Western world, which is already saturated with cryptocurrencies,”

Mereka juga membuat Intial Coin Offering (ICO) yag fokus pada Asian Market. Jadi Group Business Jepanese telah menggaji company IOHK ini membina software untuk menepati garis panduan yang betul semasa process ICO berlangsung.  bermula september2015 sehingga January 2017, crowdsale itu telah berjaya mengumpul 62mil USD dan daripada sale itu juga, 30 billion ADA vaucher telah dikeluarkan untuk para participant yang menyertai ICO terbabit untuk di tebus dalam wallet, The Deadalus Wallet.

Selain itu, satu lagi entiti yang mengenalkan diri mereka Emurgo juga turut menggaji IOHK untuk membina Cardano dalam tempoh contract 5 tahun. iaitu sehingga 2020. Emurgo ini akan menjadi seperti ConsenSys. ConsenSys adalah sebuah studio production untuk membina Smart contract dan juga Decentralized application yang menggunakan ethereum blockchain.

Apakah Cardano sebenarnya?

Cardano ni adalah suatu blockchain yang di bina dari kosong dengan menggunakan langguage Haskel. Menurut Hoskinson, haskel ini code nya agak sama dengan pendekatan matematik. Jadi ini menyebabkan code nya adalah protocol yang lebih secure dan juga reliable. Asas Cardano adalah Ouroboros, iaitu proof of Stake Consensus Algorithm. Ouroboros ini menggunakan pendekatan matematik dalam menghasilkan Proof of Security.

Cardano, Byron & Shelly

Byron -1 st major release

1st generation of the settlement layer, yang merupakan di tempat ada berada.

Shelly – 1st half 2018 release

Pada fasa shelly, system blockchain akan berdiri di kaki sendiri, dengan dipenuhi semua features yang ada.

“If I died and IOHK shut down, Cardano could run forever in that form,” Hoskinson berkata.

Jadi pada peringkat Shelly ini akan menunjukkan taring Cardano yang sebenar. pada peringkat ini, segala features yang hebat ada dalam blockchain termasuklah, Smart contract, side chain, multi party computation metadata dan juga banyak lagi.

hardware features – 2019

akan release pada tahun 2019 yang akan membenarkan off-chain payment. masih lagi jauh untuk dijangka setahun lebih sket lagi untuk capai 2019.

Antara yang menarik lagi tentang Cardano ini adalah tentang delegasi. Cardano didalam wallet Deadalus nya mempunyai satu features yang nampak menarik iaitu membenarkan stake @ pegangan yang kita ada untuk kita delegated pada orang lain unuk tujuan meraih rewards la. Maksudnya, user akan menyerahkan stake pada pools nodes yang akan online sepangjang masa untuk menghasilkan block pada blockchain.

Kesimpulan, saya melihat potensi untuk Cardano ini adalah jauh kehadapan. kita boleh lihat Ethereum. walau apapun, bergantung pada keadaan crypto space ni. Walaupun Cardano ini masih muda, tapi founder atau programmer sudah berpengalaman.

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *