Mengapa kita perlu kenal whitepaper dalam cryptocurrency

Posted by

tahun ini 2018 adalah tahun yang hebat untuk permulaan pembelajaran Crypto. hari ini saya ingin bercakap mengenai pentingnya membaca Whitepaper didalam crypto space. Seringkali kita melihat White paper ini panjang dan penuh dengan istilah teknikal dan membuatkan stuck in the middle tidak tahu nak buat apa. Saranan saya adalah teruskan membaca. lama2 kita akan paham term2 itu dan dia kebanyakkan melibatkan istilah network, internet dan sebagainya saya sendiri pun 2,3x pusing baru paham apa yang hendak dimaksudkan. Jika anda benar-benar meluangkan masa untuk membaca White paper, sering kali anda merasa seperti anda patut mendapat anugerah atas usaha anda.

Tetapi perkara yang terbaik boleh anda lakukan adalah dengan rendah hati sharing pada kepada rakan-rakan kripto anda bahawa “Anda membaca whitepaper sekian2”. seperti saya membina blog ini doqspro.com , adalah untuk faham lebih mendalam lagi dalam cryptospace disamping saya share dan ulas, atau compile apa yang saya dapat dan faham.

Apa yang anda dapat daripada whitepaper

Apa yang akan anda pelajari mengenai whitepaper crypto ialah

  •  Maklumkan kepada orang ramai tentang projek yang startup mereka
  •  Apa yang mereka mahu capai
  • Kenapa mereka percaya produk mereka diperlukan
  • Pelan hala mereka yang merupakan garis masa pencapaian yang mereka mahu capai dan ketika
  • Kaedah macam mana mereka untuk memenuhi matlamat mereka
  • Jika ia merupakan projek yang dibangunkan melalui ICO, Anda juga boleh mencari bagaimana mereka akan mengedarkan token yang dicipta. boleh tengok part ICO disini.

Belajar tentang aspek-aspek projek crypto ini akan membantu anda memahami dengan lebih baik semua yang berlaku dalam mewujudkan mata wang crypto baru dan juga crypto lagendary, crypto lama.

Apa yang perlu dibaca

perkara ni subjective dan lain whitepaper, lain cara ulasan dan tecknical aspect. ada lebih 1000 crypto currency dalam dunia crypto. nak hadam sampai habis, lebam la mata. perkara yang perlu anda bermula adalah. cuba cari crypto yang lama sudah muncul selepas kemunculan bitcoin. seperti, NXT, Bitshares, litecoin, ethereum. ops! lihat la crypto yang mana boleh survive jika dia sudah lama wujud supaya masa anda dapat dijimatkan tidak membazir membaca shitcoin(coin yang xde value dan aplikasi- gelaran mat-mat crypto). Bila dah selesai baca tentang crypto lagend, baca pula token/asset dibawah naungan blockchain yang power2. apa yang perlu focus? tu kat atas tu. perkara tu, mampu, mungkin, boleh menentukan harga crypto.

whitepaper terbaik jika ada.

  • Backgroud company, personal
  • visi, misi
  • teknikal aspek (kalau ada, mana nak tengok, github etc)

yang penting dia ada source code, atau teknical blockchain yang diperkenalkan. kalau tidak ada. suspicous perlu ada. kerana saya sudah terkena dan ada pengalaman membaca habis 1white paper yang membuat ICO melalui ethereum. perghh!! jahat giler cara nya. persembahan sangat menarik. tetapi semua ada untuk kaburkan mata sahaja.

KARBON – menggunakan nama blockchain menipu untuk jadi kaya

apa yang  saya terkena adalah bukan saya mengikut join ICO terbabit. tetapi terpremosi pulak dalam steemit. adeh. dah la blockchain. tidak boleh undur. lihat posting saya di steemit.

Ni adalah snap yang saya post di dalam steemit blog saya. dan saya dapat daripada web dan whitepaper. kalau tidak silap saya banyak jugak team penyangak ini dapat collect. saya tidak pula record berapa. yang pasti nak join contribution 1 eth. penyangak sekarang bijak2 wooo. lihat link steemit untuk lanjut. nasib la saya lebih cenderung ke arah steemit.

special info

apa yang boleh kita simpulkan adalah, web, whitepaper, video from sombody yang mengatakan tentang suatu crypto adalah masih lagi samar sehingga nampak perjalanan mengikut arus penceritaan meraka. Jadi research amat la diperlukan dalam bidang crypto ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *