Dtube – Decentralized Social Video platform, alternative kepada Youtube

Posted by

Dahulunya jika anda pernah mempunyai account youtube tetapi, anda tidak mendapat hasil pon dari monetize video pada youtube itu. Usah risau sahabat, hari ni doq nak share sedikit berkenaan macam mana kita nak dapat payout daripada hasil video yang kita upload ke dalam ruang legar internet. Dan lebih fokus lagi, macam mana blockchain boleh memberi reward kepada kita melalui posting.

Steemit – Social media platform

Social media platform steemit ini doq tidak mahu ulas panjang, tapi apa yang membuatkan Dtube ini sowww special adalah sangat berkait rapat dengan Steemit. kena juga la cerita sedikit sebanyak tentang steemit. boleh lihat lebih lanjut pada page steemit saya. Sedikit sebanyak tentang steemit adalah merupakan suatu applikasi yang running dalam blockchain steem. Steemit memberi payout seminggu sekali. berdasarkan voter yang upvote kita punya post. Blockchain steem pada pendapat doq, adalah lebih advance lagi daripada blockchain lain dan sudah melaksanakan apa yang berada dalam whitepaper. disebabkan community steemit yang kuat dan dilimpahi oleh banyak programmer, maka muncul banyak applikasi hasil daripada steemit ini.

contohnya :

  • Dmania.io  ==> untuk create meme
  • busy.org     ==> Browsing seperti menggunakan instagram
  • Utopian.io  ==> Github alike. tempat perbincangan tentang programming
  • Dtube         ==> Decentralize video

Ini doq nyatakan Empat sahaja. akan muncul banyak lagi daripada steemit blockchain. Namun, hari ini doq nak petik untuk ceritakan serba sedikit tentang Dtube. Mungkin akan datang doq akan ceritakan sedikit tentang utopian.io.

Dtube

https://d.tube. Anda boleh refer link ini untuk melihat secara live tentang Dtube. dan bagaimana users mendapat payout bila posting dalam dtube. Dtube ini bermula sejak tahun 2017. walau masih baru, ia akan menjadi suatu yang besar pada tahun 2018 dan seterusnya. Jika anda penggiat youtube yang hari-hari mengadap youtube pasti melalui iklan yang cukup menggangu emosi dikala syok tengah menonton. bak kata budak mudah sekarang. alaa.. Potong steem betol !!! . Jadi dtube tidak lagi menggunakan iklan traditional untuk membayar video content itu. tetapi reward itu datang daripada steem.

Sungguhpun begitu, saya percaya Dtube akan menggunakan token sendiri setelah Smart Media token (SMT) dilancarkan kemudian hari.

Rupa Dtube

Sekarang, doq nak cerita show la sedikit sebanyak rupa bentuk dan macam mana dtube ni berfungsi.

Ini adalah rupa bentuk Dtube. sebelum sign in. rupa seolah2 mirip dengan youtube. cuma berbeza adalah mempunyai value setiap video yang telah diupload.

Sign in

Kalau anda tidak pernah untuk sign in dalam Dtube mungkin agak janggal sedikit kerana untuk sign Dtube ini, anda semestinya mempunyai account steemit. jika tidak, memang tidak boleh. kerana reward yang diberikan adalah melalui steemit dan dia adalah berhubung secara langsung dengan steemit, tag, rewards, comment. voting power.

ada dua kaedah untuk sign ini Dtube ini.

Jadi untuk sign in dtube ini anda perlu dapatkan private access password pada ruang steemit > wallet > permission.

 

Rupa bentuk Dtube

 

 

Jika anda mempuyai account steemit dan boleh access Dtube ini, anda akan mendapati bahawa Dtube ini sebenar berhubung secara terus dengan steemit.

Dashboard dalam Dtube
Dashboard dalam Dtube

 

 

Dashboard dalam steemit

Setiap yang kita comment di dalam dtube, akan keluar comment kita di account steemit. begitu juga payout kita. Tags Dtube dalam account steemit menunjukan makin ramai yang membuat posting dalam dtube.  Kaedah pembayaran dalam steemit pun sama la. akan diberi peluang untuk edit selama seminggu. dan memberi ruang kepada users lain untuk upvote pada content yang kita upload.

Kelebihan dan Keburukan

Ramai orang menceritakan tentang kebaikan daripada keburukan daripada decentralize application. Yang baiknya, content kita senang dibayar dan mendapat audience. Disebabkan sifat blockchain yang sehala, setelah habis tempoh semiggu untuk ruang upvote @ monetized, anda sudah tidak lagi dibenarkan untuk edit, mahupun delete content anda. Oleh itu, jika bulan depan anda kembali untuk edit atau tidak suka tentang posting anda, memang anda hanya mampu melihat je la naah. Oleh itu, pastikan posting yang kita buat itu benar – benar yakin dan pasti untuk tatapan umum. termasuklah perkara, sensex2 dan lain2.

 

Lebih lanjut, boleh check halaman

https://d.tube

about.d.tube

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *