EOS Blockchain

Posted by

 

Anda mesti tertanya tanya apakah EOS sebenarnya. setelah penghujung tahun 2017, EOS akhirnya berjaya menjejak kaki ke dalam top 10 dalam coinmarketcap. Apa yang menarik tentang EOS, anda juga boleh melihat ke dalam steemit. macam mana daripada blockchain steem dia boleh create dapp (decentralize app) contoh seperti Dmania, dtube dan sebagainya. Ini menunjukkan kebolehan penciptanya mencipta suatu project yang hebat. walaubagaimanapun, saya hanya cover general part sahaja untuk kali ini.

Dan Larimer

Merupakan CEO untuk bitshares dan juga steem.  setelah yakin, steemit mampu diterajui oleh partnernya, Ned Scott untuk menerajui steemit. sementara Dan Larimer boleh fokus untuk membangunkan project mega, EOS. Dengan EOS, Dan berganding dengan Brendan Blummer untuk memajukan EOS.

Pengenalan EOS

Saya percaya, mesti ramai sedang tertanya2 APAKAH yang dimaksudkan dengan EOS. Soalan ini, saya juga tidak mempunyai jawapan. didalam website EOS pun tergantung maksudnya. boleh check dalam faq.

EOS dicipta untuk menghubungkan antara blockchain dengan blockchain yang lain.

 

EOS software

membuat suatu software open source untuk kegunaan orang ramai. Jadi programmer boleh membina applikasi mereka melalui software EOS ini. Untuk mendapatkan penggunaan yang lebih luas, aplikasi di blokchain memerlukan platform yang cukup fleksibel untuk memenuhi keperluan berikut:

Support Million Users
seperti contoh Ebay, Uber, AirBnB, dan Facebook, memerlukan teknologi blockchain yang mampu mengendalikan puluhan juta pengguna harian aktif. Dalam kes-kes tertentu, aplikasi mungkin tidak berfungsi kecuali pengguna massa kritikal dicapai dan oleh itu platform yang boleh mengendalikan bilangan pengguna massa adalah yang paling utama.

Free Usage
pengguna tidak perlu mengeluarkan duit untuk menggunakan platform atau manfaat daripada perkhidmatannya. Platform blockchain yang percuma untuk digunakan akan meraih lagi ramai user. Developer dan businessman boleh mencipta cara untuk monotized dengan lebih effective lagi.

Delegated Proof of Stake (DPOS)

EOS.IO software akan menggunakan consensus algorithm Dalegated Proof of Stakes (DPOS). dimana consesus ini juga digunakan dalam technology yang ada pada Bitshares, dan juga steem.

BLOCK.ONE

adalah Developer yang membuat services untuk develop Software blockchain. Telah diamanah oleh Dan Larimer untuk membangunkan software EOS.IO.

EOS dan juga ethereum

Buat masa sekarang EOS menggunakan ethereum blockchain sebagai satu jalan untuk ICO mereka. EOS akan menggunakan blockchain mereka sendiri setelah berakhirnya ICO pada jun 2018. dan menggunakan software EOS.IO untuk membangunkan decentralize application (dapps).  disebabkan EOS menggunakan erc20 (ethereum token), EOS senang di trade didalam mana – mana exchanger. terdapat lebih kurang 60 exchanger sekarang yang membenar EOS untuk didagangkan. dan juga boleh dapatkan EOS di Binance, world large trading volume( pada hari ini). saya senaraikan sedikit untuk anda.

Kesimpulan, saya merasakan sesuatu yang besar dalam EOS. kerana diterajui oleh orang yang cukup berpengalaman dalam bidang blockchain. Anda boleh lihat sendiri macam mana project lama steemit yang sudah berjalan dengan lancar dan masih lagi berkembang. Steemit akan menggunakan technology EOS.IO kemudianya. buat masa sekarang menggunakan technology graphene 2.0.

Sungguhpun begitu, walaupun EOS nampak macam better technology, tetapi tidak menjanjikan dia berjaya berada di top. yang menentukannya adalah macam mana dia boleh menarik developer untuk menggunakan EOS.  kerana ada pesaing blockchain lain seperti Cardano, NEO, ethereum, ARDOR. dan juga lain-lain yang juga mempunyai capability untuk membina decentralize application. Dengan erti kata lain, marketing is power! :p.

Antara apps yang selalu di sebut -sebut oleh Founder EOS sewaktu wawancara dan sebagai adalah Uber & Airbnb. follow rackpact.

 

 

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *