Stellar lumens – the future banking

Posted by

Pada hari ini, pasaran matawang kripto telah memasuki aras yang baru di mana kripto telah menjadi anjakan paradigma dalam bidang ekonomi. Sesetengah daripada mereka menafikannya dan melabelkan kripto sebagai

“unrealize asset” . Manakala, sesetengah yang lain pula bersifat optimis dan menjangka bahawa matawang kripto bakal mengambil alih, ataupun setidak- tidaknya akan “co- exist” bersama- sama dengan matawang fiat sedia ada.

Artikel ini merupakan artikel pengenalan asas kepada Stellar Lumen, salah satu daripada protokol yang wujud dalam pasaran matawang kripto di saat ini, serta matawang kripto yang diguna pakai oleh protokol Stelllar Lumen.

Stellar Lumens

Persoalan utama, apakah itu stellar? stellar merupakan sebuah platform yang menghubungkan bank, payment system dan juga para pengguna. Antara kelebihan yang ada pada stellar lumens:

  • Sangat sesuai untuk micropayment dengan 0.01usd per 600,000 transaction.
  • Payment yang bergerak seperti email
  • KYC/AML
  • Real time settlement (pantas – 2 hingga 5 saat)
  • Automatic currency exchange

Kedua, apakah stellar, dan apakah lumens? lumens adalah native asset kepada stellar iaitu sejenis cryptocurrency (XLM). sungguhpun begitu, short form untuk lumens adalah XLM. short form lamanya adalah STR. kedua2 short form currency ini masih digunapakai. dan ia adalah sama. Dengan erti kata mudah, stellar adalah network atau protokol, manakala lumens adalah currencynya.

Stellar Lumen telah dibangunkan oleh Jed McCaleb. Dalam pasaran ini, ramai mengatakan Stellar Lumen seiras dengan Ripple, kerana Jed McCaleb merupakan pengasas kepada protokol Ripple  . Namun, jelasnya, Stellar Lumen telah berjaya menempatkan diri mereka di dalam pasaran matawang kripto dan telah berjaya mendominasi sebahagian permodalan pasaran kripto secara keseluruhan berjumlah purata 800 billion usd pada Disember 2017. Jed McCaleb juga merupakan pencipta kepada antara bitcoin exchanger yang terawal iaitu Mt. Gox (“Magic: The Gathering Online eXchange”). dia kemudian menjual dan telah di re-coded semula oleh owner sekarang. 

Stellar Consensus Protocol

stellar lumens menggunakan Distributed Legder protokol. seperti bitcoin dan lain2 network yang menyimpan segala data di setiap server. System stellar simple tetapi steady. haa? macam mana tu? contohnya Amy ingin menghantar duit(EUR) kepada bob (USD). Stellar secara automatic menghantar offer kepada distributed exchange dan mencari paling best exchange rate untuk transaksi itu.

 

 

 

Secara umumnya, Stellar Lumen dikenali sebagai “digital iou” . Ini bermakna, protokol Stellar Lumen membolehkan sebarang entiti lain syarikat, mahupun apa-apa persatuan,badan-badan berkanun dan tidak berkanun menggunakan protokol Stellar Lumen melalui consensus yang formal, dan Stellar Lumen sememangnya berbeza dengan protokol Bitcoin yang dibangunkan secara tidak formal.

Stellar skeptical

Stellar dilihat skeptikal oleh sesetengah pihak kerana Stellar dikatakan sebagai “ centralize” dan tidak menepati ciri-ciri “decentralize” yang ada pada Bitcoin. Walau bagaimanapun, skeptikal ini boleh disanggah kerana sewaktu protokol ini diperkenalkan pada peringkat awal, ‘str’ atau ‘xlm’ iaitu matawang kripto yang digunapakai di dalam protokol Stellar telah diedarkan kepada semua pemegang matawang bitcoin dan Stellar Foundation hanya memegang 5% ‘str atau xlm’ atas faktor-faktor tertentu seperti penyelenggaraan protokol Stellar dan sebagainya.

Kehadiran IBM dalam Stellar Lumens

kehadiran IBM dalam stellar diibaratkan telah memberi sinar baru kepada stellar. Pada waktu artikel ini ditulis, nilai dagangan mata wang ‘xlm’ telah mencecah 7,318,693,489usd. Apa yang pasti, Stellar Lumen masih dilihat mampu bersaing dengan protokol-protokol yang lain dan semua mata sedang tertumpu pada aras sama ada Stellar Lumen mampu menggantikan Ripple ataupun tidak, dan berkolaborasi dengan sektor-sektor perbankan dan sektor kewangan yang lain sementara kolaborasi terbaru Stellar dan IBM telah berjaya menunjukkan bahawa pasaran mata wang kripto bukan sesuatu yang dipandang ringan.

Harga stellar melonjak naik setelah mewujudkan partnership dengan IBM. Perkara ini telah membuatkan stellar berada di top 10 dalam bebarapa bulan ini di coinmarketcap. Naik berada di top 10 punya la susah, nak maintain lagi la susah woo…

Price action stellar

anda boleh dapatkan crypto ini di exchanger yang top – top seperti

  • Binance
  • Bittrex
  • Poloniex
  • dan lain.

Senarai Business yang accept stellar lumens

IBM – Salah satu syarikat perunding perkakasan, perisian dan teknologi terkemuka di dunia.
Deloitte – firma perundingan kewangan dan teknologi global terkemuka yang pelanggannya meliputi 80 peratus daripada syarikat Fortune 500
Telindus – Pengurusan Data, Perkhidmatan Awan, Telekom Tetap / Mudah Alih, Infrastruktur ICT & Keselamatan.
Stripe – Suite ini untuk API (antara muka pengaturcaraan aplikasi) kuasa perdagangan untuk perniagaan dari semua saiz.
Wangxiang – Institut penyelidikan ini memberi tumpuan kepada teknologi blockchain.
LeEco – Sebuah syarikat global terkemuka yang menggabungkan peranti, kandungan, aplikasi dan pengedaran dengan lancar dalam ekosistem yang pertama.
bext360 – mengembangkan teknologi yang mengukuhkan perniagaan dan komuniti tempatan dalam ekonomi sedang pesat membangun.
Factury – Ini adalah pasaran sekunder bertenaga blockchain untuk pinjaman yang berasal dari pemberi pinjaman bukan bank.

Author Profile

pejuang crypto
pejuang crypto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *