Alternatif terhadap USD Tether

Posted by
Untuk para newbie, jika anda memasuki ruang trading crypto, daripada top sampai ke bawah. Anda mendapati terdapat crypto yang bernama USD Tether. Persoalan yang timbul, kenapakah token ini banyak berada dalam exchanger?
Currency ini digunakan oleh trader untuk pegang nilai yang diperoleh sewaktu trading. Trader akan membuat tukaran ke dalam USDT untuk mengelakkan daripada mengharungi harga yang sedang volatile. INi bermaksud, segelintir trader yang telah melihat kadar harga akan menurun dengan tinggi, mereka akan membuat tukaran sementara ke dalam token USDT. Supaya akan keluar daripada market crypto yang terlalu volatile(turun naik harga).
 
Apa yang membuatkan ramai trader yang mencari alternative untuk mencari tempat pegangan cryptocurrency mereka adalah kerana ada sedikit issue berkenaan dengan dimana tempat duit itu disimpan. Dan juga issue berkenaan dengan audit dollar itu
sendiri.
Disini saya sertakan 3 alternatif untuk usd Tether.

Trueusd

Trust token merupakan sebuah blockchain yang boleh menciptakan stable coin. Salah satu token nya adalah sama macam USDT iaitu trueusd. Ber beza dengan issue berkenaan dengan USDT, dimana audit process dilakukan. Berdasarkan di laman web mereka, token ini akan di audit setiap hari. Dimana duit ini akan dimasukkan ke dalam account escrow.
Apa yang menarik tentang trueusd ini, kita boleh menukarkan token trueusd itu kepada wang fiat usd jika kita sudah memenuhi KYC dan juga AML.

Aeur

Lagi sebuah token yang digunakan untuk pegangan sesuatu nilai adalah daripada Asset NXT, rantaian kecil daripada Ardor. Iaitu Aeur. Dimana token ini pegged (pegangan nilai) terhadap matawang EUR. Token ini menjadi perantara kepada sesiapa yang ingin menukarkan matawang fiat, EUR kepada Ardor dan Ardor kepada EUR melalui Ardorgate.com. Bank yang bertanggungjawab untuk melakukan transaksi ini adalah bank. Mistertango.
Kekurangan terhadap token ini adalah ia hanya digunakan di dalam platform ardor sahaja. Jadi permasalahnya adalah akan ada banyak charge – charge (miner fees dan sebagai nya) yang kita perlu lalui jika ingin menukar dari EUR kepada crypto lain selain asset NXT.
Token ini masih lagi baru dan akan sentiasa ada pembaharuan. Mungkin akan datang ia lebih mesra dan boleh didagangkan di dalam bittrex, binance dan sebagai nya.

Bitusd

Bitusd adalah merupakan sebuah aset daripada bitshares dimana pegangan nilai adalah 1 usd = 1 bitusd. Bitusd ini sudah lama dilaksanakan. Apa yang menyebab permasalahannya adalah tidak terdapat di mana – mana exchanger kecuali bitshares DEX dan juga Openledger. Jadi penggunaannya tidak memberangsangkan. Walaupun sudah lama token ini dikeluarkan.

Steem Dollar

Steem dollar ini digunakan untuk memberi reward kepada communiti steemit yang membuat penulisan dalam platform itu. steem dollar (SBD) ini unik sedikit berbanding pegangan nilai yang lain. Nilai SBD hanya diletakkan untuk paras bawah sahaja. Contohnya, nilai SBD tidak akan turun kurang daripada 1 USD ada +- sedikit berkenaan penurunan nya. Nilai SBD berada paras tertinggi pada akhir 2017 iaitu pada harga 10USD / SBD dimana sewaktu Bitcoin bubble. kemudian turun pada paras 2USD.

“doqspro – Media Bitcoin & Cryptocurrency di Malaysia”

Author Profile

pipsumo traderfx
pipsumo traderfx
Pedagang sepenuh masa di pipsumo.com
sangat berminat dengan bidang dagangan matawang.

Menulis konten di doqspro adalah sesuatu yang saya amat minati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *