Pengenalan mata wang kripto Digibyte : The Sleeping Giant

Posted by

Sejak tahun 2014, pelbagai mata wang kripto telah dihasilkan mengikut jalur-jalur industri tertentu. Pada masa kini, lebih 1000 mata wang kripto telah berada dalam pasaran kripto, tetapi, ramai yang memilih mata wang kripto yang berasaskan protokol UTXO, dan salah satunya ialah Digibyte.

 

Apa itu Digibyte?

 

Digibyte ialah sebuah protokol yang telah dihasilkan oleh Jared Tate pada 2014, salah seorang yang arif dalam bidang protokol kriptografi di USA. Pada waktu itu, Jared telah melihat kekurangan yang ada pada Bitcoin dari segi supply yang tidak seimbang. Tambahan pula, Bitcoin dilihat padanya tidak dapat memenuhi tuntutan scaleability. Jadi dengan terhasilnya protokol Digibyte, Jared telah mendatangkan sebuah revolusi melalui penghasilan mata wangnya yang dikenali dengan DGB.

 

Kelebihan digibyte

Digibyte merupakan open-source, sesuai dengan objektif utama penciptaan Bitcoin, bersifat universal dan dinamik. Para coder dan developer dari seluruh dunia dapat membangunkan protokol Digibyte disamping menjadikan penggunaan protokol Digibyte dalam pelbagai hal seperti cyber security, apps developing, dan sebagainya.

UTXO – Dalam sebuah transaksi, anda telah menghabiskan 1 atau lebih “cek” (sebenarnya dikenali sebagai UTXOs) dan membuat 1 atau lebih UTXOs ke destinasi baru dari dana yang dibelanjakan. UTXOs yang anda belanjakan dalam urus niaga disebut “vins”, dan UTXO yang baru anda buat dipanggil “vouts”. Sebaik sahaja UTXO dibelanjakan oleh urus niaga, ia boleh dianggap hilang dan dimusnahkan.

Sumber: Komuniti Digibyte

Kelajuan transaksi yang terdapat pada Digibyte sememangnya mengatasi mata wang UTXO(Unspent transaction Output) yang lain seperti Vertcoin, Bitcoin, Litecoin dan sebagainya. Pada masa yang sama, Jared juga berpendapat bahawa supply DGB yang telah digazetkan sebanyak 21 billion berasas kerana dengan nilai supply 21 billion, DGB boleh diadaptasi serta digunapakai  untuk transaksi harian seperti membeli barangan di supermarket dengan nilai 1-10 DGB, berlainan pula dengan Bitcoin kerana BTC sudah mencecah nilai yang tinggi, dan penggunaan BTC untuk skala micro lebih sukar. Sebagai contoh, jika anda mahu membeli secawan kopi di Starbucks yang bernilai $2 , anda perlu mengeluarkan sebanyak 0.00021 BTC dan ini dilihat lebih menyukarkan namun dengan DGB nilainya ialah 12 DGB, lebih mudah.

Potensi Digibyte dan Harga Pasaran Semasa

Sesetengah pihak masih bersikap skeptikal terhadap Digibyte pada peringkat awal kerana terdapat mata wang UTXO yang dilihat lebih bernilai kerana supply yang lebih kecil dan menjamin harga mata wang tersebut di paras yang tinggi seperti BTC dan LTC. Namun demkian, John McAfee melihat potensi yang ada pada DGB sehingga menggelarnya sebagai The Sleeping Giant selain komuniti setia DGB yang berjumlah 14 000 dari seluruh dunia pada waktu artikel ini ditulis. DGB telah pun mencecah harga 0.00000820 BTC pada 2018 dan 0.00002665 BTC pada 2017.

 

Sumber: Akaun Twt John McAfee

 

Pilihan anda

Kesimpulan penulis pada artikel kali ini ialah Digibyte sememang mempunyai potensi yang sangat besar dari segi teknologinya. Jelasnya, para spekulator optimis terhadap prestasi DGB dari segi pasaran dan nilai fundamental yang terdapat pada Digibyte buat masa ini.

iklan digibyte

 

 “doqspro – Media Bitcoin & Cryptocurrency di Malaysia”

Author Profile

Cipherlucy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *