Serangan 51% yang semua penggiat Bitcoin perlu tahu

Posted by

Serangan 51%

Serangan 51% merujuk kepada serangan ke atas blokchain – biasanya bitcoin, yang mana serangan sedemikian masih lagi hipotetikal – Kebiasaan dilakukan oleh sekumpulan miner yang mengawal lebih daripada 50% daripada hashrate mining daripada network, atau kuasa pengkomputeran. Penyerang akan dapat mengelakkan transaksi baru daripada mendapatkan pengesahan, yang membolehkan mereka menghentikan pembayaran antara beberapa atau semua pengguna. Mereka juga akan dapat membalikkan urus niaga yang telah siap ketika mereka mengawal rangkaian, bermakna mereka boleh menggandakan coin itu.

Walaubagaimanapun, mereka tidak dapat membuat coin baru atau mengubah blok lama, jadi serangan 51% mungkin tidak akan memusnahkan bitcoin atau cryptocurrency lain berasaskan blok lain yang lain, walaupun ia terbukti sangatlah merosakkan blockchain itu sendiri.

Di dalam serangan

cryptocurrency adalah bertujuan untuk menyelesaikan issue lama komputer sains  yang disebut “double spend problem”.

Pada dasarnya, tanpa membuat insentif komputer untuk memantau dan mencegah tingkah laku buruk, Messaging network tidak boleh bertindak sebagai sistem wang. Secara ringkasnya, mereka tidak dapat menghalang seseorang daripada membelanjakan data yang sama lima atau bahkan 1,000 kali dengan sekaligus.

Untuk membuat duit menggunakan vektor serangan ini,Hackers memerlukan beberapa sample untuk dijadikan tempat. yang pertama, penyerang tidak boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu apabila mereka telah berjaya memiliki sebahagian besar kuasa hashing. Tetapi mereka dapat menggunakan duit itu secara ‘double spend‘ transaksi pada keadaan tertentu.

Kita lihat ianya tidak masuk akal jika semua kuasa hash yang mahal ini untuk double spend pada perbelanjaan 3USD untuk secawan kopi. Seorang penyerang hanya akan mendapat manfaat daripada pelaburan ini jika mereka dapat mencuri ribuan atau bahkan berjuta-juta dolar daripada sebuah serangan network itu.

Oleh itu, hackers telah menemui pelbagai cara yang bijak untuk memastikan syarat-syarat yang tepat dan seterusnya memperolehi duit. Itulah sebabnya penyerang monacoin, Bitcoin Gold, zencash mempunyai semua sasaran pertukaran yang memegang jutaan dalam cryptocurrency.

Dengan mengumpul lebih daripada separuh daripada kuasa hash rangkaian, penyerang Bitcoin Gold dapat melipatgandakan dua transaksi yang sangat mahal yang dihantar ke exchanger.

 

Melalui tiga serangan zencash yang berjaya (satu cryptocurrency yang lebih kecil yang dikenali sebagai fork Zcash yang berpotensi sebagai privasi blockchain), penyerang itu dapat melarikan lebih daripada 21,000 zen (token zencash) bernilai lebih dari $ 500,000 pada masa itu penulisan dibuat.

Walaupun, semasa serangan agak berbeza kerana penyerang mengeksploitasi peraturan yang tidak selamat untuk mengelirukan rangkaian untuk memberikan pulangan pada mereka.

Antara yang pernah Melalui Serangan

Ghash.io

Kolam perlombongan ghash.io secara ringkasnya melebihi 50% daripada kuasa pengkomputeran rangkaian bitcoin pada bulan Julai 2014, Ketua kumpulan itu secara sukarela memberi komitment untuk mengurangkan bahagian rangkaiannya. Ia berkata dalam satu kenyataan bahawa ia tidak akan mencapai 40% daripada jumlah kuasa perlombongan pada masa akan datang.

Krypton dan Shift

Krypton dan Shift, dua blockchain yang menggunakan platform ethereum, mengalami serangan 51% pada Ogos 2016.

34% Serangan

The tangle, sebuah distributed ledger yang pada asasnya berbeza dari Blockchain tetapi direka untuk mencapai matlamat yang sama, secara teorinya cenderung penyerang yang menggunakan lebih sepertiga dari hashrate rangkaian, yang disebut sebagai serangan 34%.

Yang lain adalah seperti Bitcoin God, Verge, nano (raiblock). Ada banyak lagi sebenarnya perkara hacking dalam dunia cryptocurrency yang kita tahu dan tidak tahu. Tujuan saya menulis artikel ini adalah ingin memperingati pada semua. Sebab kebanyakan article banyak menulis perkara yang manis- manis sahaja.

pada suatu ketika saya pernah tanya promoter HYIP(high Yield Investment Program) sejauh mana selamatnya bitcoin. Jawapan dia adalah 100%. Ini bahaya.

Kita sebagai makhluk kecil atau ikan bilis kena tahu risiko ini supaya tidak terkesima kemudian hari. Apa yang penting, sentiasa take profit atau sentiasa ambil keuntungan yan telah kita dapat. 1 lagi adalah dengan mempelbagaikan wallet kita supaya bila jahanam 1, masih lagi ada yang lain.

sumber; Investopedia, bloomberg, coindesk.

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *