Lightning Network mampu mengatasi Fees Bitcoin

Posted by

Rangkaian Lightning adalah protokol pembayaran “second Layer” (lapisan kedua) yang beroperasi di atas blok block(biasanya Bitcoin). Ia secara teorinya seperti namanya lightning nework yang bermaksud sepantas kilat yang disebut-sebut sebagai penyelesaian kepada masalah skalabiliti bitcoin. Ia mempunyai sistem peer-to-peer untuk membuat mikropayment (pembayaran kecil) dalam cryptocurrency melalui suatu rangkaian pembayaran dua hala tanpa mendelegasikan dana mereka.

Permulaan Lightning Pada Bitcoin

Lightning pada mulanya dicipta untuk digunakan pada bitcoin, dan ia juga merupakan lightning yang pertama melaksanakan konsep ini sebagai cara untuk membuat transaksi lebih murah dan lebih cepat dengan memindahkannya satu lapisan di atas blokchain.

Litecoin adalah salah satu daripada banyak platform yang bekerja dengan Lightning Lab. Crypto lain ada juga yang bekerjasama dan pemaju mengambil pendekatan yang betul untuk memasukkan konsep ini dalam ke dalam visi mereka.

Core contributor utama bitcoin, Jeremy Rubin juga merupakan developer utama projek Lightyear dalam stellar.

 

Teknologi Lightning

Tidak semua projek blockchain berminat terhadap pelaksanaan Lightning. Sebagai contoh, developer ethereum sedang merancang program off-chain yang dipanggil Raiden dan neo juga mempunyai reka bentuk yang dipanggil Trinity. Kedua-dua projek ini mempunyai konsep yang sama walaupun mereka menggunakan kod yang berbeza untuk membina rangkaian network mereka. Walau bagaimanapun, rangkaian crypto lain mengenal pasti bahawa Sistem seperti Lightning akan menjadi suatu yang mustahak tidak lama lagi walaupun sekarang mereka tidak fokus terhadap pelaksanaan.

Bagaimanakah ia akan dilaksanakan

Tidak seperti harfork dan juga softfork iaitu perubahan source code, Rangkaian Lightning tidak mengubah kod sumber sedia ada. Seperti yang dinyatakan di atas, ia adalah penyelesaian berlapis (layer) yang berfungsi di atas blok block yang sedia ada. Keupayaan untuk berfungsi sebagai lapisan ke-2 juga bermakna pengaktifannya adalah agak mudah. Rangkaian Lightning tidak memerlukan peratusan tertentu daripada miners untuk persetujuan memulakan suatu perlaksanaan.

Apa yang saya lihat miners mungkin tidak suka dengan idea Lightning network kerana pengurangan kesesakan network bermakna mengurangkan kos yang juga mengurangkan reward kepada miners.

Perkara ini sebenarnya baik pada ekosystem Bitcoin supaya lebih ke arah decentralized.

Lightning Network Nodes

Anda hanya perlu Menggunakan VPS(virtual private server) termurah yang membolehkan anda menjalankan Lightning Network ini dan mendapat reward daripada aktiviti ini.

Terdapat penyokong tegar BTC cuba untuk mengetahui mengapa terdapat seseorang mempunyai begitu banyak wang pada rangkaian baru ini. “LN.SHITCOIN.COM” memegang 35.24 BTC atau $ 220,000 USD (sekitar harga 6k USD/BTC). Node itu dikendalikan oleh Andreas Brekken, pemilik Shitcoin.com yang terperinci dia merancang untuk melakukan kajian semula Rangkaian Lightning. Brekken’s Shitcoin.com mengkaji pelbagai jenis cryptocurrency seperti IOTA, Tron, EOS dan juga DASH. Mengikut Lightning Network explorer, shitcoin.com memegang 49% daripada keseluran Dana dalam network.

Bagaimana Lightning Nodes Menjana pendapatan

Pengendali Lightning Network Nodes (server) mendapatkan wang dengan routing Transaction dan menyediakan liquidity (kecairan). Pengendali boleh memilih yuran, dan pengguna kemudian boleh diarahkan berdasarkan pelbagai laluan dan memilih yuran yang mereka selesaikan. Setakat ini, kebanyakan nod mengenakan yuran sebanyak satu satoshi(nilai paling kecil dalam bitcoin) bagi setiap urus niaga, yang bermakna ia memerlukan berjuta-juta urus niaga untuk membuat sedikit wang. Bagi mereka yang cuba membuat keuntungan, ia telah menunjukkan amat sukar, kerana terdapat banyak nod dengan bayaran yang rendah ini.

Juga terdapat terlalu banyak pembolehubah yang terlibat untuk profit dalam  LN ini. Sebagai contoh, hanya terdapat banyak orang yang sanggup menjalankannya jika ia adalah kesuluruhannya percuma. Jika permintaan melampaui apa yang mereka mampu keluarkan, yuran akan mula perlahan-lahan berkembang. Terdapat juga kemungkinan bahawa apabila rangkaian terbukti stabil, bayaran mungkin meningkat kerana lebih banyak wang dibuang ke dalamnya untuk mendapatkan kecairan.

0 komen0

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *