Kenapa saya memilih Konsensus DPoS selain Mining Bitcoin & Ethereum

Posted by

Dalam dunia  cryptocurrency yang berkembang dengan pantas, terdapat cara untuk kita meletakan duit kita ke dalam portfolio investment. Ada banyak kelebihan yang ada pada coin yang menggunakan tekologi DPoS ini berbanding PoW, PoS. Jika anda pernah mengikuti posting saya, anda mendapati pernah melihat macam mana untuk meraih income dengan staking coin pada coin yang menggunakan protokol PoS. Lihat disini.

Terdapat banyak artikel yang menjelaskan kos tenaga semasa process mining Proof of Work (PoW). Di PoS, semua yang anda perlu lakukan ialah memegang duit syiling di dalam wallet anda dan biarkan  wallet anda online.

Jadi apa yang ada pada Dalegated Proof of Stakes ini?

Dicipta oleh Daniel Larimer, Dalegated Proof of Stakes (DPoS), berfungsi seperti demokrasi digital, menggunakan pengundian pihak berkepentingan untuk menyelesaikan isu-isu konsensus. Dalam DpoS, wakil (dalegated) yang diwakilkan menjaga semua kerja, jadi kita tidak perlu meninggalkan wallet kita terbuka dan sentiasa online untuk menerima ganjaran.  Apa yang perlu kita buat adalah mengundi perwakilan atau beberapa perwakilan dan mereka menghantar sebahagian daripada ganjaran yang mereka perolehi untuk mengesahkan rangkaian. Daripada pengesahan wakil anda buat itu, mereka akan beri ganjaran pada anda mengikut nilai yang anda dalegate (wakilkan).

Antara Cryptocurrency lain yang menggunakan DPoS

Bitshares

Bitshares merupakan cryptocurrency pertama yang menggunakan DPoS dimana dan diperkenalkan oleh Dan Larimer pada tahun 2014. Kemudian memperkenalkan steem blockchain khusus untuk Social Media berasaskan blockchain juga menggunakan teknologi DPoS pada tahun 2016. Setelah itu memperkenalkan EOS, scalable blockchain yang membolehkan developer membuat aplikasi decentralize.

Lisk

Lisk menggunakan konsensus algorithm dengan 101 dalegate (wakil) . Pada amnya Lisk dicipta khusus pada developer untuk design aplikasi dan servis blockchain. Lisk mengfokuskan Java scrypt sebagai code base mereka kerana Java scrypt lebih senang untuk dicipta oleh para Newbie. Menggunakan custom sidechain yang mudah dicipta dengan tools yang di beri pada developer dapps. setelah siap dapps, sidechain ini akan dihubungkan dengan Lisk Mainchain supaya data dapat berintegrasi dengan baik.

Ark

Ark menggunakan konsensus algorithm dengan 51 dalegate (wakil). wakil ini akan diberi tugas untuk running network dan diberi ganjaran atas tugas yang mereka buat seperti miner Bitcoin, dan juga staker atau forger untuk PoS. Ark memperketengahkan technology mereka iaitu Smart Bridge yang berfungsi menghubungkan beratus – ratus sidechain. Melalui teknologi ini, Ark memperkatakan mereka mampu untuk menghubungkan antara blockchain yang memboleh ekosistem blockchain berhubung antara satu sama lain.

Kelebihan Konsensus DPoS
Terdapat pelbagai kelebihan yang ketara dalam konsensus DPoS memberi. Yang paling jelas ialah penghapusan keperluan untuk process miningyang menggunakan PoW model, yang seterusnya menghapuskan penggunaan elektrik yang tinggi yang berkaitan dengan PoW.

Di samping itu, Menjadi platformmengundi pengundiaan yang baik. Bekerja sebagai sistem administrative, sistem konsensus DPoS boleh mengelakkan perdebatan perbalahan yang membingungkan yang melanda beberapa platform cryptocurrency yang lebih popular.

Akhirnya, satu kelebihan yang jelas bahawa model DPoS mempunyai lebih daripada modeltradisional PoS  adalah penyingkiran dilema “Tidak ada di Stake”. Ini merujuk kepada kes di mana terdapat sedikit kos untuk pengesahan untuk mengesahkan pada dua rantai yang bersaing. Bagi pengesah, strategi itu adalah yang paling menguntungkan, tetapi untuk rangkaian ia boleh menyebabkan pembelanjaan berganda bagi aset digital. DPoS mengurangkan cost terhadap ini kerana hakikat bahawa pihak berkepentingan menggunakan pegangan mereka untuk mengundi pengeluar blok, bukan pada blok sendiri.

Dan yang paling penting pengalaman menggunakan transaksi ethereum kepada ethereum vs steemit kepada steemit, ternyata rangkaian steem lebih laju dan free tidak memerlukan gas seperti ethereum yang menggunakan konsensus PoW. boleh rujuk disini untuk tahu berkenaan PoW.

Secara praktikal

Apa yang saya boleh kata teknologi DPoS ini sangat bagus dan sangat praktikal. Dari segi keburukan adalah konsensus jenis DPoS ini lebih ke Arah centralized dimana ahli dalam comunity diberi peluang untuk memberi voting masing pada wakil yang diingini. Sungguhpun demikian, comunity juga boleh deselect atau memilih calon lain sebagai wakil mereka seperti yang cuba di implimen di Tron dan juga telah berlangsung di steemit.

Untuk pemahaman mudah DPoS ini adalah, anda tidak mahir untuk run nodes(server), jadi anda memberi modal kepada dalegate(wakil) untuk run Nodes dan Hasil itu akan dibahagi mengikut modal yang kita bagi. berbanding dengan Proof Of Stakes (PoS), anda perlu stakes menggunakan computer sendiri seperti NXT, NEO, Blackcoin, Embercoin (EMB),Navcoin, dan juga PIVX.

 

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *