Pengenalan Dapps Dalam Industri Cryptocurrency

Posted by

Ramai di antara kita terutama penggiat Bitcoin biasa dengan istilah “DApp,” yang bermaksud “aplikasi yang terdesentralisasi.” Dan juga saya seringkali menceritakan di dalam artikel – artikel sebelum ini.

Secara asasnya, DApp adalah aplikasi yang berjalan menggunakan teknologi blockchain pada rangkaian komputer decentralize atau pada pangkalan data yang tidak berpusat.

Urus niaga melalui dapp memerlukan konsensus semua pengguna di blokchain. Sebagai contoh, pemindahan kewangan yang dilakukan melalui mana-mana Dapp tidak dapat diselesaikan kecuali disahkan oleh semua komputer dalam rangkaian, yang kadang-kadang dirujuk dalam persekitaran blockchain sebagai nod (server). Dana tersebut tidak akan dikeluarkan dan dipindahkan sehingga setiap nod dalam pangkalan decentralize data telah bersetuju dengan kesahihan urusniaga tersebut.

Dapps dan blockchain

DApps adalah perisian Opensource yang berjalan di atas teknologi blockchain seperti Ethereum, yang membolehkan ketelusan dalam membuat transaksi.

DApps adalah mesti opensource. Mereka adalah aplikasi yang ditadbir dengan kaki sendiri, dengan perubahan yang berlaku diputuskan oleh konsensus .

Rekod urus niaga aplikasi disimpan pada blockchain yang tidak akan berubah, telus dan tidak berpusat, dengan demikian melindungi dari risiko yang dihadapi oleh pangkalan data pusat, seperti penggodaman dan juga berbagai jenis penipuan lain.

Dapps dan cryptocurrency

Untuk menjalankan applikasi DApps, Dapps itu mesti menghasilkan token. Pengesah (validator, Miner, stacker) blockchain perlu diberi insentif dengan memberi ganjaran terhadap aktiviti dan tanggungjawab mereka pada block.

DApps menghasilkan token melalui algoritma kriptografi. Token dicipta oleh algoritma kriptografi, seperti Proof wWork (PoW), yang biasa digunkan dalam blockchain Bitcoin, ethereum dan sebagainya.

Antara Contoh Dapps

1. Etlance

Sama seperti AirTasker atau Freelancer tetapi mengambil keuntungan secara cryptocurrency. Ethlance adalah platform freelancer yang decentralize untuk membuat partime atau mencari sumber pendapatan dengan menggunakan blockchain bukannya mata wang tradisional.

Jika kita perhatikan ada terdapat tanda metamask pada paparan dibawah menunjukkan Ethlance ini menggunakan platform ethereum. Pengguna boleh berinteraksi dengan menggunakan Mist atau MetaMask. Senang cerita Ethlance ini merupakan tempat mencari kerja dan juga mencari pekerja.

 

2. 1st Blood

FirstBlood membawa teknologi blockchain ke pasaran Esports yang pesat berkembang dan menarik. Berjuta-juta pemain di seluruh dunia mempunyai peluang untuk menjadi seorang pemain video game dan sebenarnya  ‘bermain’ games bukannya ‘blogging’ . Ia seperti Pokerstars untuk pemain, pemain yang berkemahiran tinggi dapat bermain vedeo game sambil menjana duit atau hanya sebagai pemain biasa.

Industri Esport diramal akan berlaku pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun akan datang. Dengan penglibatan cryptocurrency dalam industri video game ini, memudahkan para pemain untuk membeli additional item yang mereka inginkan supaya video game yang mereka main lebih menyeronokkan.

lihat platform games yang lain disini.

 

3. Managing Identiti

Dalam era digital, peningkatan risiko jenayah kewangan yang timbul daripada kecurian dan kecurian identiti menunjukkan kita betapa penting untuk melindungi identiti kita.

KYC-Chain bertujuan untuk memberi konsensus mengenai identiti individu di “tahap kepercayaan tertinggi”.

Perkara ini dapat membantu Know Your Customer (KYC) dalam sebuah pentadbiran yang memerlukan dana yang banyak. “Identity Wallet” akan membenarkan pengguna untuk berkongsi maklumat yang diperlukan sahaja dan tidak lebih.

KYC-Chain menggunakan Ethereum dan bergerak melalui penggunaan “gatekeepers”, yang boleh menjadi entiti individu atau undang-undang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk mengesahkan dokumen KYC – contohnya, status pengguna samada terdiri daripada orang diplomat, peguam, kerajaan, dan sebagainya.

Gatekeepers yang dipercayai akan melakukan pemeriksaan individu pada ID pengguna menggunakan platform KYC-Chain dan mengesahkannya. Fail-fail tersebut akan disimpan dalam distributed sistem pangkalan data , yang kemudiannya boleh diambil oleh gatekeepers yang dipercayai, atau pengguna, untuk menunjukkan dengan pasti bahawa ID itu adalah original.

Anda juga boleh melihat CIVIC, yang menjalankan modus operaasi sama iaitu untuk mengawal dan menjaga keselamatan Data Individu terbabit. CIVIC juga menggunakan blockchain Ethereum.

Sebenarnya terdapat banyak lagi Dapps yang lain dan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Yang dilihat banyak, adalah Dapps yang dari segi.

  • Social Media
  • Cryptoexchanger
  • crypto payment
  • Monetize website (Brave, Adex, Jsecoin etc)

Sebelum Akhir kata, ada 3rd party yang menyediakan pengumpulan Dapps  dan performance mereka dengan itu mudah untuk kita track record Dapps supaya kita tahu status Dapps yang tumbuh secara hujan ini adalah bernilai atau hanya sekadar hiasa didalam dunia cryptocurrency. Antaranya  adalah dappradar, stateofthedapp.

 

“doqspro – Media Bitcoin & Cryptocurrency di Malaysia”

 

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *