Bitcoin Berdarah – Apakah kesan dan tindakan anda?

Posted by

Pada waktu sekarang Bitcoin pada hari ni adalah terendah pada tahun 2018. juga telah terun dan sedang turun melepasi harga 5K USD. Tunggu dan lihat pada harga btc pada december samada BTC berjaya menetap harga pada paras bawah 5K usd. Jika Bitcoin gagal untuk close pada harga 5K USD pada december, saya beranggapan btc akan lagi menurun. Kerana ramai pelabur yang masuk pada lewat tahun 2017 yang boleh dikatakan harga pada ketika itu adalah pada puncak.

Bayangkan jika dia masuk pada penghujung tahun 2017 itu dengan RM100K. dan pada November 2018, setelah setahun Nilai bitcoin drop sehingga 80%. Jika anda berada pada tempat meraka, apa yang akan anda buat. terus hold? cut lost atau biar rugi. 70K. Mau menangis jika duit itu kita buat dengan Hutang bank. Boleh dikatakan anda sendiri tersepit. tetapi apa kan daya. itulah dunia investment. Sebab itu kita sering mendengar,

 “never invest money that you can’t afford to lose”

Apa yang ingin saya katakan adalah, ramai lagi hodler yang akan mengeluarkan investment mereka dalam cryptocurrency. menukar kepada fiat, menyebabkan harga bitcoin lagi menurun. perumpaan yang boleh dikatakan adalah, bitcoin completely rubbish. Jadi pschology manusia boleh dikatakan ketika ini adalah pada peringkat anger.

 

Hendak atau tidak hendak, hadap sahaja la. masih lagi belum sampai di peringkat depression kerana masih lagi ramai hodler yang masih berpegang dengan prinsip atau yang dah terjebak dalam cryptocurrency 2,3 tahun kebelakangan dan juga berada dalam keadaan profit.

Kesan kejatuhan Bitcoin

Miner bitcoin

Sekurang-kurangnya 100,000 pelombong individu telah ditutup, menurut Autonomous Research LLP. Fundstrat Global Advisors LLC menganggarkan bahawa kira-kira 1.4 juta server telah dicabut sejak awal September.

Malachi Salcido, ketua Wenatchee, Salcido Enterprises yang berpangkalan di Washington, yang mengaku sebagai salah satu pelombong terbesar di Amerika dengan 22 megawatt kuasa yang dikerahkan dan 20 megawatt lebih dibina berkata:

“We are entering in the phase when there’s a flushing out of the market. There will be relatively few operations that come out the other side.”

Kebanyakan pelombong hanya menguntungkan apabila Bitcoin berada pada harga  4,500 USD. Akhir tahun 2017, BTC berada pada paras tertinggi sehinga 20K USD

Hanya segelintir yang mampu untuk kekal dalam permainan ini pelombong dengan skala, model perniagaan yang sangat khusus dan kos elektrik yang sangat rendah, seperti di Douglas County, Washington, di mana kebanyakan operasi Salcido adalah berdasarkan. lihat lebih jelas dalam posting ini berkenaan dengan penggunaan elektrik untuk kekal untung mining bitcoin.

kalau kita lihat dalam group whatapp, telegram, facebook yang berkaitan dengan mining bitcoin, sungguh menyedihkan. terpaksa menjual harga lambak mining machine mereka. GPU murah – murah juga senang didapati buat masa sekarang.

Kesan kepada yang join program ala – ala scam.

terutama program High yield Investment program (HYIP) atau skim cepat kaya yang menggunakan modus operandi Mining bitcoin sebagai main profit untuk memberi pulangan kepada pelanggan – pelanggan mereka, terkesan dengan teruk. duit yang dilabur secara tidak langsung terkubur di tengah lautan.

Apa yang perlu kita buat bila berada dalam keadaan bear market – Market menurun?

“Shorting” adalah apabila pedagang menjual asset tertentu untuk ke arah menurun. Mengambil keuntungan dengan keadah menurun. Sesetengah broker atau exchanger ada menyediakan kaedah untuk shorting ini. Kebiasaan shorting dibuat trader forex yang mahir dalam bidang trading. kalau tidak berjaya, rugi juga.

HODL

Kedua nya adalah HODL .Pertama kali anda melihat “HODL” apabila seseorang sedang membincangkan kriptografi kata-kata yang menyebabkan anda berhenti membaca. Anda fikir: “Adakah ia salah ejaan?” Baiklah, ya itu – sekurang-kurangnya ia salah taip. Sekarang, agak menggembirakan, HODL telah menghasilkan kehidupan sendiri. Ia telah berkembang untuk mewakili strategi perdagangan dan falsafah jangka panjang digunakan  pelabur crypto.

HODL telah menjadi akronim (atau juga backronym) untuk “Hold On for Dear Life”, yang bermaksud bahawa walaupun pelabur berada dalam warna merah dengan kriptos mereka, mereka tidak harus berbelok di bawah tekanan dan menjual, didorong oleh kepercayaan bahawa mereka pada akhirnya akan memperoleh keuntungan.

Quartz melancarkan HODL sebagai salah satu istilah yang paling penting dalam budaya crypto pada tahun 2017, menggambarkannya sebagai satu penentuan untuk “terus melabur dalam bitcoin dan tidak menyerah dalam menghadapi harga jatuh menjunam seperti sekarang. Istilah budak-budak crypto kita, “peram sampai lebam”.

Terdapat potensi besar HODLing sebagai strategi pelaburan, dan tidak menjual semasa berada di bawah tekanan, seperti sejarah menunjukkan kepada kita – dan bukan hanya dalam dunia cryptocurrency.

Salah satu contoh yang paling terkenal yang gagal untuk HODL berlaku pada pertengahan 1970-an ketika Ronald Wayne, pengasas bersama ketiga Apple – bersama Steve Jobs dan Steve Wozniak – menjual pegangan 10 peratusnya  kepada dua lagi -founder untuk $ 800.

Pada bulan Ogos 2018, Apple mencapai kejayaan bersejarah untuk mencapai permodalan pasaran sebanyak $ 1 trilion. Sekiranya Wayne mengamalkan mentaliti HODL, kepentingan Applenya bernilai kira-kira $ 100 bilion hari ini.

Teruskan Pelaburan

Apabila nilai cryptos jatuh, ramai pelabur masuk berlipat kali ganda yang membuat mereka yakin untuk memasuki market yang berisiko ini  kerana pada harga sangat rendah. Sama seperti HODLers, mereka yang terus melabur dan melihat matlamat jangka panjang dalam crypto.

Meletakan Telur didalam pelbagai bakul

Diverisify atau mempelbagaikan portfolio anda. Sekiranya anda telah menyiapkan cryptos dan menunggu anak panah untuk bertukar menjadi hijau, bukannya merah, mungkin idea yang baik, semasa pasaran beruang( menurun), pertimbangkan untuk melabur dalam kelas aset yang lain. Dengan mempelbagaikan portfolio anda pendekatan ini akan merendahkan risiko keseluruhan anda. Contoh yang asset yang terbaik adalah Emas.

Anda juga boleh mempelbagaikan portfolio anda dalam cryptocurrency tidak bergantung pada 1 crypto sahaja contoh anda ada 1 bitcoin, anda bahagikan 0.1btc kepada ethereum, 0.1btc kepada NEO, dan seterusnya. walaupun cryptocurrency sekarang kita lihat teramatlah bergantung kepada nilai btc semata, namum ia membantu anda untuk mengurangkan risiko.

 

 

Author Profile

doqngos
bukan dari background programmer. tetapi meminati bidang IT. Mengikut Ijazah Sarjana muda Decision science sedikit sebanyak membantu pemahaman dalam dunia trading. mula berkecimpung dalam dunia forex 2014. Sekarang aktive bergiat dalam bidang crypto.
“In a risks, there opportunity. In opportunity there is risk”
keep learning to overcome this.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *